Purple Heart - Handwriting

Tuesday, 11 June 2013

UITM SEGAMAT!!!!

Assalamualaikum~
Hai~
Alhamdulillah, selesai juga MDS di Segamat ni.
Hari ni dah masuk 2nd day kuliah. 
Hari ni baru aku dapat update.
Wifi aku tak diluluskan lagi, ni pun guna wifi library je.
Ok2, tentang MDS,
PM atau Pemimpin Mahasiswa/Mahasiswi baik2 belaka, cute2 lagi tu.
First day aku datang sini dah kena demam,selsema and batuk2.
OK, aku rasa sekarang korang dah boleh imagine macam mana aku kena harungi MDS, kan???
Haha, tersiksa weh~
Nasib baik ada biro medik tolong aku, kalau tak , mati terbongkanglah aku.
haha xD
MDS ni apa???
ok, MDS ni singkatan bagi Minggu Destini Siswa, dia macam minggu Orientasilah.
Time minggu ni kitorang kena lari2 dari satu tempat ke satu tempat untuk nak complete kan dokumen pendaftaran untuk pelajar baru UiTM.
Penat weh!! 
Dahlah panas,
Tapi benda ni untuk diri sendiri jugak,
so, aku tak banyak complain lah.
Makan pun free!!
Nak complain apa lagi???
Siapa2 yang complain tu memang tak reti bersyukur la.
ok lah, nak kena pergi kelas ni.
Bye2~ 
Assalamualaikum~ 
:*

Saturday, 1 June 2013

Last Day Working.

Assalamualaikum, Hai~
Hari ni aku nak bertolak pergi rumah maklong dah~
Esok nak pergi Johor~
Hehhe, dah nak mula kehidupan aku sebagai siswi di UITM Segamat.
nervous betul.
macam mana kalau aku ta perform nanti?????
*sigh~*
By the way, semalam hari last aku kerja dekat ZZ Baby House.
Macam2 hal berlaku semalam.
Macam tak bagi je aku berhenti kerja. Haha~!
Hurm (=3=)
Rasa sedih je.
Ye lah, manalah nak dapat bos yang baik macam tu kan???
XXXX
Okay, sekarang aku nak cerita apa yang terjadi semalam.
Semalam, bos balik kampung, so, aku, kak Zai, and Nurul je yang jaga kedai.
Stock baru masuk semalam,
tengah kitaorang pasang sticker tu,
price labeller habis sticker.
Kitaorang semua tak tahu nak reload benda alah tu,
Tengah kitaorang sibuk2 fikir pasal benda alah tu~
Ada satu customer ni, dia ada beli baju kelmarin,
untuk anak dia kot~
Tapi dia tak tahu saiz baju budak tu.
so dia main beli je lah,
jap2 sebelum tu,
korang nak tahu tak apa yang dia tanya kitaorang time dia baru masuk kelmarin????
~~~
"Ada tak saiz 1????"
Ya Alllah!! Time tu dah lah ada aku dengan Nurul je, budak baru.
Apa yang saiz satu pun aku tak tahu.
So, korang mesti boleh agak kan, apa reaksi kitaorang.
Kitaorang pun tercengang2, "Hah, Ape yang saiz satu?"
"Baju budak."
"Oh~ Kat sini pakai saiz S,M,L,XL je"
"Oh, kejap ea~ "
Lepas tu dia call isteri dia kot.
Lepas dia masuk balik dia pilih baju, kitaorang tolong lah cari.
Kelam- kabut gila.
Nasib baik dia comel. xD
~~~
Berbalik kepada semalam,
Okay, dia datang nak tukar baju tu, time kitaorang tengah kelam-kabut.
lepas tu, tersalah buat return,
nasib baik tak salah yang berkaitan duit.
Salah scan je.
Tapi kesian lah dekat Nurul dengan Kak Zai,
Nak kena explain dekat boss.
Okay, lepas customer tu pergi,
kitaorang try check balik macam mana nak pasang price labeller tu.
Aku try google.
Alhamdulillah, jumpa, ada orang buat tutorial dia dekat youtube.
kitaorang ikut lah macam video tu.
Then selesai lah masaalah kitaorang~
Alhamdulillah~
Then, kitaorang settle kan stock baru tu~
hehe~
Okay, boring dah ea?
Tak pe tak pe~
Lepas ni, seminggu aku tak update blog ni~
MDS UITM~
heheee~
By The Way, sebelu, aku habiskan entry ni~~
Here's some pictures of my last day at work~

                                                            Time tak ada customer~

                                                             Kak Zai(Kak Zaitun)

                                                                 Nurul Syafiqah

                                                                            Kedai~

Aku~ :p

Tuesday, 28 May 2013

UITM

Assalamualaikum~
Hai~
Hari ni aku kerja seperti biasa.
Sebenarnya hari ni ta ada apa2 yang menarik yang aku nak ceritakan.
Cuma persiapan untuk aku melangkah ke alam Universiti dah hampir90% siap.
Sekarang ni yang tinggal cuma yuran yang masih belum dijelaskan.
Hurm..
Sebenarnya aku kesian dekat mama dan ayah,
Dah lebih RM1000 yang mama dan ayah spend untuk aku.
banyak betul.
Kenapalah susah sangat nak masuk UITM ni.
Kami ni dah lah bukan orang berada. 
hurm..
Harap2 aku tak jadi anak derhaka.
Harap2 aku menjadi anak yang tak lupa jasa mama dengan ayah.
Aku nak balas balik jasa mama dan ayah.
Aku harap umur mama and ayah panjang dan aku sempat tunaikan tanggungjawab aku.
Sekarang ni aku hanya mampu cakap terima kasih dekat mama dan ayah.
Tapi Insyaallah~ Nanti aku tak akan hampakan mama dan ayah.
Okaylah, sekarang pun dah malam, nak tido~!
Assalamualaikum~
Bye2~!

Monday, 27 May 2013

New Friend

Assalamualaikum,
Hai~
Hari ni aku pergi ambil IC baru aku dekat JPN.
Hurm... gambar aku??
Memang malu nak tunjuk la~!
Dekat gambar tu, muka aku pucat gila! 
Aku rasa aku dah pakai lipstick dah time tangkap gambar hari tu.
err, buat geram je!

>>><<<

Okay, sekarang aku nak cerita pasal tajuk entry hari ni.
New Friend.
Apa tu?
Kawan baru.
Siapa?
Nama dia Nurul syafiqah, aku panggil dia Nurul.
Dia ni co-worker aku yang baru.
Dia sama umur dengan aku.
Tadi aku berdua je dengan dia.
Bos suruh aku ajar dia apa2 yang aku tahu.
Huhuhu~ macam2 aku ajar dia.
banyak gila aku cakap tadi,
Dahlah puasa.
hurm, tak apa.
cubaan.
haha.
>>><<<

By the way, tadi time balik dari JPN, Iman, adik lelaki aku yang baru berumur setahun,
muntah dalam kereta.
Ya Allah~ cuak betul aku time tu.
habis baju dan seluar dia kena muntah.
kesian dia, dah lah time tu panas terik.
hurm..
>>><<<
Okaylah, sampai di sini je entry hari ni. 
Aku pun dah mengantuk ni.
Assalamualaikum~
Byebye~

Sunday, 26 May 2013

Maaf

Assalamualaikum~
Hai~
Hurm, dah 2 hari aku ta update blog ni.
Sorry, mintak maaf dan gomennasai~
Kebelakangan ni aku agak busy.
Balik kerja je mengantuk, 
well, ye lah, kat tempat kerja duduk je tunggu customer, 
dah la ada air-cond, senya~p je,
mana tak mengantuk??? =,='
____
Semalam, aku seorang je yang jaga kedai.
dari pukul 11 pagi sampai pukul 8 malam.
Mula2 aku agak cuak dan nervous, 
ye lah~ aku kan jaga duit!!
Bukan RM1,RM2 je!
berpuluh2!
Macam mana kalau hilang duit2 tu????
Naya aku nak jawab kat bos.
__
Hari ni, co-worker aku, Kak Ifa, letak jawatan sebab nak pindah.
___
Okay, lagi seminggu je aku nak pergi Johor, berpisah dengan keluarga.
Sedihnye.. T^T
Barang2 semua dah beli.
Tinggal nak bayar yuran je.
Hurm, rasa nak menangis pula bila fikirkan pasal ni.
Aku harap time aku dekat Johor nanti, tak ada apa2 terjadi dekat keluarga aku.
Lagi2 Iman.
Aku harap Iman tak kena dera.
Aku harap semua sentiasa sihat.
///
Ok, rasanya sampai sini je blog aku hari ni.
mata pun dah mengantuk ni.
Esok, insyaallah aku update.
Assalamualaikum, Bye~

Thursday, 23 May 2013

Kerja lagi~ :D


Assalamualaikum~
Hai~
Tadi aku start masuk kerja pukul lima.
Boss @ Kak Ita, ajar aku cara guna mesin kad kredit.
Lepas tu, boss pergi.
Tinggallah aku seorang diri di ZZ Baby House.
My feeling??
Of course I felt nervous~!
Me, alone handling the counter.
What if I miscounted??? O.o
But Alhamdulillah~ everything went smoothly.
And then, pukul 6.45, kak Iffa masuk kerja.
LEPAS TU!!!
Lepas tu baru ada incident!
satu incident yang memeningkan kepala!
Aku masukkan kod barang tu, 
lepas tu aku tekan enter.. (macam biasalah)
lepas tu, harga yang keluar dekat skrin tu lain dari harga yang dekat tag harga.
Lepas tu, aku pun mula lah pucat.
Then, Kak Iffa suruh aku call boss.
then, settle! Alhamdulillah~
buat cuak je!
sebenarnya, kak Zai salah letak kod dekat tag tu.
nasib baik customer tu jenis yang Chill ~
Kalau dapat yang Loghat!!!!
Mati aku!
Tapi Alhamdulillah~ semuanya dah settle!
【】【】【】【】

Esok cuti!!!! hehe~
~~
okay lah, sampai di sini saja entry hari ni~
Assalamualaikum~ Byebye~
=D

Wednesday, 22 May 2013

Some mistakes

Assalamualaikum~
Hari ni, aku start kerja macam biase.
pukul lima.
..
Okay~
Tadi, aku banyak buat salah.
lupa nak masukkan jumlah duit yang diberi customer lah, 
salah letak jumlah duit yang diberi customer (yang RM100 boleh pula jadi RM10000, GILA BETUL AKU NI! ><)
lupa nak bagi resit lah,
banyak lah!!
er!!
I'm disappointed with myself!
Alhamdulillah Kak Zai ada dekat situ tolong aku tad, kalau TAK??????! ><
MATI AKU!!
Takutnya!!
Esok dah lah aku kena jaga kedai sorang2!!!
Ehhhh, lupa pula, esok kak Iffa ada sekali, harap2lah dia datang.
Start lusa aku dah kena jaga kedai sorang2. 
~
Ya Allah, mudah-mudahan hariku berjalan dengan lancar~
Amin~
~
Hurm, tadi ada customer yang ermm.. macam garang lah juga.
takut gila aku.
Sampai nak masukkan dit dalam cashbox pun menggigil2~
><
harap2lah sepanjang aku kerja sorang2, tak ada customer yang loghat.
amin~
okaylah, sampai sini saja. 
Doakan hari Shila di tempat kerja berjalan dengan lancar, ya~
Assalamualaikum~ Byebye~


Tuesday, 21 May 2013

Cashier girl~

Assalamualaikum~
okay, hari ini, jam 6 petang tadi, bermula lah kerja aku sebagai cashier girl 
di sebuah kedai menjual barangan bayi yang bernama
 ZZ Baby House di Subang Bestari. 
First day experience in one word???
Best!!!!! 
Seriously!!
Tak tension pun~ Just gelabah sikit bila ada customer.
well, biasalah tu, first time kerja.
heheh..
By the way, co-workers and boss, semua baik.
best, sporting, and yang paling penting, TAK GARANG~ =D
tak de lah tension~
Tadi banyak benda yang aku belajar.
and, banyak kali juga lah aku tersalah.
ala.. aku kan pelupa.
insyaallah~ aku bole ingat semua kalau banyak kali buat.
err~
sempat ke aku nak buat banyak kali??????
dua minggu je kot aku kerja kat situ!!!!
hurm~ tapi, tak kisah lah.
harap2 perjalanan kerjaya aku selama dua minggu ini lancar~
Amin~
Insyaallah~
okay lah! sekarang pun dah lewat ni! pukul 12.28am dah!!!
okay okay! nak tidur ni~
Byebye~ Assalamualaikum~ =D

Monday, 20 May 2013

Kerja

Semalam, 20 mei 2013, 
aku pergi ke sebuah kedai yang menjual barangan Baby, 
dekat kedai tu, mama cakap ade vacancy untuk part-timer,
then, aku pergi lah dengan mama,
well, 
nak masuk University memang guna duit kan,
so, aku kena lah tolong family aku sikit,
lagipun, aku yang nak pegi further study.

then, lepas di-Interview, 
aku diterima kerja di situ,
thanks sis Ita~
Aku diterima kerja untuk jadi cashier selama 2 minggu.
jadual kerja??
isnin-jumaat 5pm-9pm,
sabtu 11am-8pm.
hurm, sis Ita, bos aku, sangat peramah orangnya, 
sweet, 
anak ramai~ huhuhu~
=D
okaylah, aku nak chow, adik dah jaga ni~
byebye~
assalamualaikum~

17 Mei 2013,

Assalamualaikum, Hai~

Okay, pada 17 mei, aku check keputusan UPU,
aku masukkan No IC aku,
tekan masuk,
and...
POP!
Alhamdulillah~ Aku ditawarkan untuk sambung belajar jurusan Sains Komputer. 
Next,
Semalam, aku check dekat website UITM.
Aku ditawarkan untuk sambung belajar di UITM Segamat, Johor.
.
Alhamdulillah, aku dapat course yang aku pilih, first choice aku! ><
Time dapat tahu, aku rasa macam nak menangis, tak sangka betul!
Tapi dapat tempat yang agak jauh dari rumah aku.
Agak sedihla.
Macam2 perasaan,
Excited,
nervous,
sedih,
gembira,
risau.
Well, maklumlah, aku ni kan anak sulung,sebelum ni semua aku buat, 
nanti lepas aku tak ada macam mana??
Hish! risau risau risau!
Tapi, oleh kerana aku dah diberikan peluang, 
Aku, Noorshahila, akan berusaha bersungguh2! ><
So, 2 Jun nanti, bermula lah kehidupan harian aku sebagai student UITM!! ><
hehee.. Rasa bangga pun ada.
Oh, btw, nak chow dulu ni.
Sampai sini saja lah entry hari ni~ 
-komen2 le~-

Sunday, 19 May 2013

Hai semua~!

Okay, This is my first entry~! 
Aku Shila. Aku selalunya akan post dalam Bahasa Melayu tapi kalau rajin, Aku akan mix kan dengan Bahasa Inggeris. Hehe.. Rojak sikit la. 

First of all, 
Aku berasal dari Kuala Lumpur (KL), so, korang tak akan jumpe dialek negeri lain la ye~ Don't worry.

Aku slalunya akan post pasal kehidupan harian aku . Kira macam diari la.. 
Aku peminat tegar Boyband dari Jepun, ARASHI. 
Jadi sometimes aku akan selitkan pasal diaorang hehee~

Pada 20 Februari 1995, aku dilahirkan ke dunia, 
jadi, tahun 2013 ni, secara rasminya umur aku sudah 18 tahun =D .
Hehe..
Aku seorang yang sempoi, suka senyum, kadang2 aku kan senyum sorang2 macam orang gila! HAHAHA! *gelak jahat*
-Sorry for the nonsense-
~(Selamat Membaca)~
~(Kalau suka, jangan lupa FOLLOW)~
~(Tak suka jangan baca)~